Hari Malaysia 2016 di Bintulu disambut meriah, YAB Ketua Menteri puji keputusan pemimpin dan rakyat Sarawak 53 tahun yang lalu.

Hari Malaysia 2016 di Bintulu disambut meriah, YAB Ketua Menteri puji keputusan pemimpin dan rakyat Sarawak 53 tahun yang lalu.

14324567_946565752138630_8963570094157284122_o 14352181_946565922138613_2380203811373250139_o 14372356_946565885471950_2671842474062085367_o 14258315_946566015471937_1571672344500697916_o 14324561_946565948805277_7822557284461736109_o

 

BINTULU, 16 Sept (Bernama) — Penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia merupakan salah satu keputusan paling bijak yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat negeri itu pada 53 tahun lepas, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Misal, katanya, ketika negeri itu di bawah ancaman pengganas komunis dan konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia oleh Presiden Sukarno terhadap Malaysia, maka masa itu pasukan keselamatan daripada Semenanjung Malaysia yang mempertahankan negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pasda sambutan Hari Malaysia 2016 peringkat kebangsaan di tapak lapangan terbang lama di sini, malam ini.

Yang Dipertua Negeri sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

“Kami tidak mempunyai benteng pertahanan pada masa pembentukan Malaysia pada 1963. Kami tidak mempunyai pasukan keselamatan untuk mempertahankan diri.

“Rejimen Askar Melayu dan Renjer Malaysia berjuang untuk kami dan membebaskan kami daripada cengkaman komunis dan Sukarno,” katanya.

Katanya, usaha itu harus diperakui sebagai sebahagian daripada catatan sejarah negeri Sarawak.

Walaupun, Sarawak juga telah menikmati pembangunan dan kemajuan yang pesat, namun, katanya, masih terdapat usaha perlu dilaksanakan untuk merapatkan jurang pembangunan dengan negeri-negeri di Semenanjung.

“Tetapi biar kita tidak menyentuh aspek negatif. Marilah kita menghargai apa yang telah dilakukan setakat ini.

“Kami juga mempunyai barisan pemimpin yang memahami keperluan dan aspirasi kami terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat prihatin kepada kami.

“Beliau telah melawat kami lebih 60 kali sejak menjadi perdana menteri. Beliau turut memberikan kita Projek Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

Menurut Adenan, Najib perlu diberi peluang untuk membawa Sarawak dan Sabah ke arah kemajuan dan pembangunan yang lebih pesat.

“Kami memuji anda (Najib) kerana apa yang telah kamu lakukan. Kami berharap anda akan melakukan lebih banyak untuk kami,” kata Adenan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *